Isnin, 14 Disember 2015

Antara Ibadah dan Ikhlas

Assalamualaikum dan salam ukhuwah,

Wahai ukhti,
Betul ibadah (mutabaah) bukanlah kunci utama  untuk kita dapat masuk syurga tapi keredhaan ilahi melalui pintu IKHLAS

Ikhlas merupakan element tunjang untuk setiap hambanya untuk mencapai redha-Nya or erti kata lain highway dapat masuk syurga

Namun UKhti,
Ikhlas merupakan sesuatu yang sangat tersembunyi .Makhluk sendiri tidak mampu mengukur nilai hakikat ikhlas itu sendiri yang sebenar-benarnya .Ikhlas umpama semut hitam kecil yang berjalan diatas batu hitam yang gelap pada suatu malam yang sangat malap.Bahkan diri sendiri  tidak mampu menghadirkan rasa ikhlas  itu sendiri tanpa bantuan ilahi...


Layakkah kita mengambil langkah terburu-buru untuk terus tidak berbuat semata-mata kerana membangkitkan isu "IKHLAS".Sama -samalah kita berbuat mutabaah yang sepatutnya sudah menjadi acuan dan sebagaian daripada hidup kita.Pada awalnya memang sedikit kekok tapi percayalah lama-kelama ia menjadi suatu kemanisan dalam beribadah apabila kita pula berasa kekok utk meninggalkannya.

Wahai ukhti
mari kita renungi  Surah Al-baqarah:216

"Jadi Kamu membenci sesuatu,Padahal ia Amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ,Padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya" .


Ada sebab mengapa setiap madu' dinasihatkan oleh daei untuk melakukan mutabaah...banyak hikmahnya wahai ukhti.
Kadangkala ada perkara yang kita tidak suka adalah lebih baik malah adalah yang terbaik utk kita.


Siapa suka apabila kita disuruh agar mutabaah kita perlu diisi penuh,membaca  ijuzuk per day,tahajud setiap hari dll....

Tapi percayalah wahai ukhti...,
Lama kelamaan itu yang akan membantu kita diakhirat kelak..

Bukankah Al-quran itu yang akan menjadi syafaat kita kelak?
Bukankah  tahajud itu yang akan menaungi kita di syurga nanti?

Bukan itu sahaja...
Bahkan   rahsia tentera Sultan Muhammada Fateh 2 mampu mendapat menawan kota konstantinopel dengan hanya diiringi tentera2 yang mampu bangun malam....itu sungguh menakjubkan bukan?.Tidak terfikirkah mengapa sultan Muhammad2 berbuat demikian...Hal ini kerana...Hanya orang yang bangun malam adalah org yang kiuta jasmani dan rohaninya.

Manakala rahsia  SAidina Umar- Khatab menakluki 2/3 dunia dengan bantuan kekutana ruhi para sahabat yang sangat hebat2. Dan akhirnya rahsia Rasulullah mengubah dunia  dengan hanya ketundukkan hati2 para sahabat dengan sohihul ibadah...Siapa kata Rasululllah tidak check mutabaah sahabat?Siapa kata Umar tidak meniliti para sahabat ? Siapa kata sultan Muhammad al-fateh tidak menapis tenteranya?

Jadi Wahai Sahabat...
Salahkah seorang murabbi/murabbiyah meniliti setiap ibadan madu'nya?
cuba Renungi Al-quran yang berdekatan......ringankan tangan mencapainya dan selak helaiannya surah ke 103 ayat 3
 "
Kecualai orang-orang yang beriman dan beramal soleh ,dan mereka pula berpesan -pesan dengan kebenaran  serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

Wallahualam....