Rabu, 21 Disember 2011

MeLaKaR CiNtA FiRdAuSi



..السلام علليكم..
    Aima Insyirah, gadis yang berasal dari Malaysia menabur bakti di bumi Palestin. Berlatar belakangkan pergolakan Palestin, Aima Insyirah tetap tersenyum membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.

    Namun pada saat seluruh hatinya ditujukan untuk Palestin, ada serpih hatinya yang tertinggal di Malaysia.Naufal Mustaqim, kenalan lama kembali berhubung dengan sejuta harapan kebahagiaan.

    Pada saat hatinya merindu, hatinya mula diuji dengan kehadiran mujahid hebat, Ketua Briged Ayyubi, Jeneral Rifai'l Zanki yang melamar dirinya.

Pada saat dirinya berjuang demi Palestin, kini dirinya diuji apabila dia ditangkap oleh Zionis Laknatullah...

Kalut..Buntu..Terasing..

   Namun,saat itulah pertolongan Allah muncul apabila seorang tentera zionis yang mula terpegun akan keteguhan iman & akidah wanita lemah tersebut serta dalam diam2 menyimpan perasaan ..Pelbagai penyiksaan yang dilakukan..pelbagai helah yg digunakan oleh tentera tersebut demi membela Aima...Akhirnya tentera itu syahid dalam lafaz Syahadah demi membela Aima & agama Islam(apabila diketahui pihak berkuasa)...


Lalu pada saat itu..


  • adakah Aima masih dapat menatap ibu bapanya di Malaysia??
  • Adakah Aima akan dibebaskan..??Atau Aima akan Syahid..?
  • hatinya hanya mampu menggambar bahagia ilusi, masih mampukah dia melakar cinta firdausi??