Sabtu, 19 November 2011

Dialog antara 2 Malaikat


    Yunus Bin Ubaid dari Al-Hasan berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:'Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua malaikat dan malaikat yang sebelah kanan itu lebih baik daripada malaikat yang sebelah kiri'.


   Kalau seseorang anak adam Itu membuat dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang disebelah kanan:'apakah yang harus aku catat?'.maka berkatalah Malaikat yang disebelah Kanan:'Janganlah kamu catit dosanya sehingga dia melakukan 5 dosa'




   Kemudian bertanya malaikat yang disebelah lagi:'Kalau dia telah mealkukan 5 dosa,apakah yang harus aku catatkan?'Berkata malaikat yang disebelah kanan:'Biarkan sehingga dia melakukan kebaikan,sebab kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda,oleh itu kita hapuskan 5 sebagai imbanagn dari dosa yang 5 dan kami catatkan hanya 5 hasanat'




    Apabila syaitan mendengar yang demikian maka dia pun menjerit sambil berkata:'Kalau Macam nie bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam'