Ahad, 20 Disember 2015

Nikmatkah Maksiat?

         
 Ironinya,ramai anak-anak remaja islam kini sedang tenat dihimpit dengan asakan-asakan jahiliyyah yang kini sedang kian mengganas. Namun mereka tidak sedikitpun berasa sakit bahkan bahagia sedang apa yg sedang mereka jalani. 

Tanpa mereka sedari sesungguhnya kekuatan hati ruhi yang berada jauh di dasar hati mereka kini sedang meraung  meronta-ronta minta  dibebaskan . Takut bukan bunyi kedengarannya..ta[i itulah realitinya dari kata dasarnya.

Maksiat yang saya maksudkan bukan seperti kes berat yang berlaku..seperti berzina  kesbunuh ,kes rogol dan sebagainya. Tetapi yang saya maksudkan adalah maksiat2 kecil yang boleh membawa kepada kes yang berat..

Kes kecil inilah yang harus kita ambil berat kerana ia berlaku secara senyap2 dalam kehidupan kita .Andaikata kita tidak merawatnya  dari mula bisa juga ia akan merebak kepada perkara ynga sangat besar kelak  ... Mahukah kita bila sudah parah baru bertengadah?

Ingatkan semakin maju teknologi yang kian dicipta semakin bersahsiahla manusia namun lain pula ceritanya,semakin giat pembangunan semakin mundur pula tamadun akhlak manusia dan pemikiran bangsa.

AllahuRabbi,nauzubillah

Wahai saudara/ri seagama
Kembalikaha kita kepada Allah .Marilah sama2 kita tinggalkan segala karat2 jahillayah yang ada dalam diri kita..Ayuhla kita lepaskan segala bebanan yang sudah lama bersarang didalam hati dan gengam sekuat-kuatnya kalimah Allah.....

Marilah kita tinggalkan karat2 jahiliyyah yang ada dalam diri kita ..Tak kisahlah tengok movie ke..tengok drama korea ke...dengar lagu yang x bermanfaat ke...main video games ke ...baca manga ke.. ayuhla..kita tinggalkan semua itu..


Semua keseronokkan itu tidak membawa kita kemana-manapun malah akan mengheret hati kita untuk berbuat maksiat dengan lebih kerap...Adakah nikmat itu yang kita mahukan dalam setiap desir2 kehidupan kita...NIKMAT BERMAKSIAT?????

wahai ukhti
Bukan desikit yang berbangga dengan maksiat yang mereka lakukan .Bukan ramai yang tidak menghebah-hebakna maksiat kecil yang mereka lakukan kepada orang lain... JANGAN sesekali kita terdetik unutk mengikuti dengan dakyah yang mereka bawa...ketahuila kerana itu semua dinamakan sebagai SERANGAN PEMIKIRAN.....


Tidak takutkah kepada ALLAH ...sekiranya kita menikmati maksiat lebih menyeronokkan melebihi kita menikmati keseronokkan ibadah yang  dilakukan....Sekiranya terdetik didalam hati kita untuk berbuat maksiat itu...maka ingatlah kepada ALLAH ,RASUL dan JIHAD kepada -Nya...Mana mungkin islam akan tersebar megah dengan kelemahan hati-hati pemegangnya....  


Wallahualam

Isnin, 14 Disember 2015

Antara Ibadah dan Ikhlas

Assalamualaikum dan salam ukhuwah,

Wahai ukhti,
Betul ibadah (mutabaah) bukanlah kunci utama  untuk kita dapat masuk syurga tapi keredhaan ilahi melalui pintu IKHLAS

Ikhlas merupakan element tunjang untuk setiap hambanya untuk mencapai redha-Nya or erti kata lain highway dapat masuk syurga

Namun UKhti,
Ikhlas merupakan sesuatu yang sangat tersembunyi .Makhluk sendiri tidak mampu mengukur nilai hakikat ikhlas itu sendiri yang sebenar-benarnya .Ikhlas umpama semut hitam kecil yang berjalan diatas batu hitam yang gelap pada suatu malam yang sangat malap.Bahkan diri sendiri  tidak mampu menghadirkan rasa ikhlas  itu sendiri tanpa bantuan ilahi...


Layakkah kita mengambil langkah terburu-buru untuk terus tidak berbuat semata-mata kerana membangkitkan isu "IKHLAS".Sama -samalah kita berbuat mutabaah yang sepatutnya sudah menjadi acuan dan sebagaian daripada hidup kita.Pada awalnya memang sedikit kekok tapi percayalah lama-kelama ia menjadi suatu kemanisan dalam beribadah apabila kita pula berasa kekok utk meninggalkannya.

Wahai ukhti
mari kita renungi  Surah Al-baqarah:216

"Jadi Kamu membenci sesuatu,Padahal ia Amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ,Padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya" .


Ada sebab mengapa setiap madu' dinasihatkan oleh daei untuk melakukan mutabaah...banyak hikmahnya wahai ukhti.
Kadangkala ada perkara yang kita tidak suka adalah lebih baik malah adalah yang terbaik utk kita.


Siapa suka apabila kita disuruh agar mutabaah kita perlu diisi penuh,membaca  ijuzuk per day,tahajud setiap hari dll....

Tapi percayalah wahai ukhti...,
Lama kelamaan itu yang akan membantu kita diakhirat kelak..

Bukankah Al-quran itu yang akan menjadi syafaat kita kelak?
Bukankah  tahajud itu yang akan menaungi kita di syurga nanti?

Bukan itu sahaja...
Bahkan   rahsia tentera Sultan Muhammada Fateh 2 mampu mendapat menawan kota konstantinopel dengan hanya diiringi tentera2 yang mampu bangun malam....itu sungguh menakjubkan bukan?.Tidak terfikirkah mengapa sultan Muhammad2 berbuat demikian...Hal ini kerana...Hanya orang yang bangun malam adalah org yang kiuta jasmani dan rohaninya.

Manakala rahsia  SAidina Umar- Khatab menakluki 2/3 dunia dengan bantuan kekutana ruhi para sahabat yang sangat hebat2. Dan akhirnya rahsia Rasulullah mengubah dunia  dengan hanya ketundukkan hati2 para sahabat dengan sohihul ibadah...Siapa kata Rasululllah tidak check mutabaah sahabat?Siapa kata Umar tidak meniliti para sahabat ? Siapa kata sultan Muhammad al-fateh tidak menapis tenteranya?

Jadi Wahai Sahabat...
Salahkah seorang murabbi/murabbiyah meniliti setiap ibadan madu'nya?
cuba Renungi Al-quran yang berdekatan......ringankan tangan mencapainya dan selak helaiannya surah ke 103 ayat 3
 "
Kecualai orang-orang yang beriman dan beramal soleh ,dan mereka pula berpesan -pesan dengan kebenaran  serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

Wallahualam....


Selasa, 8 Disember 2015

Daei dan Kesanggupannya

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

(9:24)


Berdasarkan ayat terjemahan surah ke-9 ini.....jelas menunjukkan setiap daie akan diuji oleh pelbagai jenis ujian dan tekanan...iaitu berbentuk wang harta ..benda terpelihara , tempat kediaman yang selesa  termasuk dalam ahli keluarga sendiri...



Ayat Allah ini jelas menunjukkan bahawa barangsiapa yang melebihkan cintanya kepada dunia melebihi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya dan JIHAD ..

..maka..

...tunggu sahajalah pembalasan daripda Allah kelak....

Oleh itu..

Wahai teman sepejuangan sekalian...
MArilah sama2 kita merenung sebentar
..


Berapa ramai antara kita yang sudah betul2 yakin dengan ayat ini????,,,
....

Sanggupkah kita infakkan belanjawang saku kita semata2 unutk turun program??
Adakah kita dapat/mampu memenuhi mutabaah dengan sempurna tanpa lopong?
Sanggupkah kita keluar malam berjalan untuk berhalaqah??
Sanggupkah  kita mengorbankan  masa study  utk liqo' ???
Berapa ramai antara kita sanggup untuk mendahului Allah dan JIHAD berbanding dunia??

Mari sama2 kita renungi ayat diatas kembali
marilah sama2 kita melebihkan Allah dan JIHAD daripada segalanya..
Biarlah DAKWAH dan TARBIYAH Rasulullah diutamakn dalam setiap detik kehidupan kita

Namun begitu...Pejamlah mata...tepuk dada...tanya iman kita..
ADAKAH KITA SUDAH BENAR2 YAKIN DENGAN AYAT TERSEBUT....???
sekiranya belum???
maka  jum sama2 kita check balik akidah kita...

Adakah kita tidak cukup pasti dengan AYAT2 ALLAH??

Wallahua'lam



Belajar Adalah Kerja Kita

"Menuntut Ilmu  itu wajib keatas setiap Muslim"
Riwayat Ibnu Majah

Shafwan bon Assal Al-Muradi berkata datang untuk menuntut ilmu
Rasullulah berkata:Seseungguhnya penuntuu ilmu itu dikelilingai malaikat dengan sayapnya ,kemudian mereka menaiki sebahagian yang lain sehingga mereka sampai  kelangit dunia kerana cinta mereka kepada penuntut ilmu.

Wahai sahabat dikasihi
bergembiralah kita kerana masih diberi peluang utk mempelajari ilmu...."Mempelajari ilmu" bukan lah satu pekerjaan yang mudah sepertimana menyebutnya.....Sudah ramai yang kecundang dalam perjalann menuntut ilmu kerana lelahnya menghadapi dugaan dan tekaann..

Wahai RAkan sepejuangan sekalian
mari sama2 kita setup balik niat kita bahawa seseungguhnya BELAJAR  ADALAH KERJA KITA.
kerja adalah amanah dan tanggungjawab yang wajib kita lakukan.Belajar adalah kerja kita. Kita bertangunggjawab sepenuhnya kepada perkara-perkara2 yang berkaitan dengan pelajaran kita .Sekiranya kita mahukan kejayaan dalam kerjaya kita ini...masakan kita  kita tidak berusaha keatasnya...Oleh itu kitta  jualah sendiri yang sepatutnya melakukan perkara2  yang sepatutntya kita lakukan-Bukannya orang lain...bukannya sepenuhnya mengharapkan lecturreerrr ..menghrpkan rakan unutk membantu kita ..._BUkan istilah kejayaan dalam kehidupan kita sekiranya orang lain yang melakukannya untuk kita 

Firman Allah; Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaumnya kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada dalam diri mereka ) surah ArRadh: 11)


1.Kemahuan yang Degil
ini ialah satu sifat kepas kepala yang mengambarkan seseorang yang mengutamakan pelajarantya 
mereka adalah orang yang sanggup mengorbankan kesereonokann jangka pendek bagi menikmati keseronokan jangka panjang

2.MEmaksa Diri
paksa diri unutk melauka kebaikan seperti solat dan tadarus.Ia mesti dilakukan secara berterusan sehingga ianya menjadi tabiat yang disuklai


That ilt...Selamat Berlajar

Isnin, 7 Disember 2015

Ketika Cinta Allah berbicara

Saya tertarik dengan butir2 daripada Penulis terkenal karya buku islamik La Tahzan dalam bukunya yang berjudul Petua dan Tips orang2 cerdik dan Cinta.

Kuasa Kasih Sayang sebenarnya sudahpun sebati dengan jiwa manusia tetapi hanya beberapa sahaja yang mengalirkan air cinta kedalam jiwanya..

   Sesungguhnya Cinta dan Kasih Sayang sudahpun berada di disekeliling kita.Ramai  antara orang yang kecewa menyangka mereka sudahpun kehilangan segalanya-sama ada sedih kerana kecundangan dalam peperiksaan , dihina dan tidak dihargai oleh orang lain apabila diajak kepada perkara kebaikan , diabaikan  oleh orang sekitar .kecewa dengan dakwah yang disampaikan dan setiap perkara yang dilakukan tidak langsung berhasil  mahupun tentangan yang hebat dari  orang yang sangat kita sayangi.

Namun percayalah wahai sahabatku....Seberat manapun kehidupan kita tempuhi ....Sejauh manapun keperitan yang kita lalui ......

Percayalah.....
Kehidupan kita akan sentiasa dikelilingi dengan Kasih sayang yang x pernah kita jangka banyak limpah ruahnya....

Cuma kita yang belum sedar besar nya setiap cinta itu yang hadir  dalam detih hayat kita

Mari kita buka minda kita dengan butir kata2 ini...

Wahai sahabatku yang beriman.,,
Mana tidaknya bumi berputar tanpa kasih sayang......
Mana tidaknya matahari sanggup mengeluarkan hangatnya pada kita tanpa kasih sayang
Tidak akan diberi pelindung setiap haiwan ke[ada anaknya tanpa kasih sayng
Tidak akan ada pokok yang akan mengeluarkan oksigen tanpa kasih sayang
Tidak terjaga Si Ibu melahirkan Si Anak tanpa kerana Kasih syang
Setiap planaet pun bergerak diatas paksi nya nmasing2 kerana kasih sayang.....

Wahai sahabat dikasihi...
Semua itu tidak akan terjadi tanpa kasih Sayang PEncipta Alam ....Kepada setiap makhluknya.Apabilla kasih sayang  itu sudah tiada ...planet2 akan berlanggar2 antara satu sama lain ...matahari akan berhenti mengeluarkan hangatnya kepada makhluk....Si ibu akan mematikan anaknya...pokok akan terus mati agar oksigen tiada...

YA..
...Allah jualan yang menciptakanya sebelum menciptakan makhluknya ...Allah telah menghadirkan rasa cinta-Nya yang Maha BEsar untuk setiap makhluk nya......
Tidak kisah samaada islam mahupun tidak....sedih bukan...
Malah Allah sudahpun cintakan setiap makhlunya ---Inikan kita yang sedikitpun tidak mahu menghadirkan rasa Cinta kepada -Nya...bahkan melebihkan Cinta makhluk daripadanya...

Oleh itu Sahahbat yang bertaqwa..
Marilah samaa-sama kita meninggalkan cinta dan Kasih sayang Dunia  yang sementara...
Cintakan Artis???..Cintakan hiburan???c Cintakan Movie???Cintakan KOrea??
Cintakan Harta??CIntakan DOta??

Oleh itu sahabat...
Marilah sama2 kita meraih cinta hakiki cinta firdausi ...berebut2 meraih sayang SI Pemilik Cinta Abadi..kerana itulah yang sebaiknya,,,


Marilah ama2 kita
Itulah antara bukti bahawa sesungguhnya setiap kehidupan ini sudah dilengkapi dengan lumrah kasih sayang


teruskan membaca bagaimna pula antara cara meraih cinta-NYA